Photo by Victor Freitas on Unsplash
Hello Doktor: Lelaki kerap melancap untuk melepaskan nafsu atau mencari kepuasan diri. Namun, adakah aktiviti melancap dengan kerap akan memberi sebarang kesan buruk kepada kesihatan?
Agak-agak anda, apakah kesan melancap pada tubuh jika ia dilakukan dengan kerap?
Topik ini mungkin agak sensitif bagi sesetengah pihak, namun tujuannya adalah untuk mendidik dan memberikan kefahaman yang lebih baik berkenaan isu melancap agar tiada salah faham lagi.
Kesan sampingan kerap melancap
Terdapat beberapa kesan sampingan atau kesan melancap yang boleh berlaku jika anda selalu melakukan onani.
Malah, melancap juga bukan hanya memberikan beberapa kesan sampingan, tetapi juga memberi beberapa manfaat yang patut anda tahu.
Antara kesan sampingan melancap dengan kerap adalah seperti berikut:
Kesan melancap #1: buatkan anda ketagih
Melancap ini adalah satu aktiviti yang juga disebut sebagai self-pleasure.
Di sebalik kenikmatan melancap yang dilakukan itu, ia sebenarnya boleh membuatkan seseorang menjadi ketagih untuk melakukannya lagi.
Apatah lagi jika dia sudah mengetahui kaedah dan cara yang paling memberi kesan ‘luar biasa’ terhadap onani yang dilakukannya.
Malah ketagihan melancap oleh seseorang lelaki itu sehingga boleh menyebabkannya mengabaikan beberapa perkara penting dalam hidupnya.
Ada yang begitu ketagih melancap sehingga tidak melakukan kerja rumah, ponteng sekolah atau kerja, membatalkan sebarang perancangan atau aktiviti bersama rakan dan ahli keluarga serta tidak menghadiri acara yang sepatutnya.
#2. Jejaskan hubungan bersama pasangan antara salah satu kesan melancap
Percaya atau tidak, kesan melancap yang ke-2 adalah boleh menjejaskan hubungan antara anda dan pasangan. Tetapi bagaimana?
Apabila seseorang lelaki itu kerap melancap, dia sebenarnya telah menghilangkan suasana romantik antara diri dan pasangannya.
Ini kerana, dia tidak lagi memberikan tumpuan yang penuh atau meluangkan lebih banyak masa bersama pasangan. Malah, melancap juga membuatkan anda tidak lagi fokus kepada hubungan bersama pasangan.
Jika anda rasa kehidupan anda mula menjadi tidak teratur disebabkan ketagihan melancap, berjumpalah dengan doktor atau kaunselor bagi membantu anda mengurangkannya.
Selain itu, anda juga boleh mengalihkan perhatian daripada melancap dengan menyibukkan diri melakukan sesuatu hobi atau aktiviti lain.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti larian, melepak bersama rakan atau bersiar-siar.
#3. Kerap melancap boleh jejaskan sensitiviti z4kar
Tahukah anda, kerap melancap juga sebenarnya boleh menjejaskan sensitiviti zakar ketika melakukan seks bersama pasangan?
Ini biasanya disebabkan oleh teknik yang dilakukan ketika melancap tersebut.
Kajian ada menyatakan bahawa, genggaman yang terlalu kuat atau ketat pada batang z4kar sewaktu melancap boleh mengurangkan sensitiviti alat kemaluan lelaki.
Pakar kesihatan seksual menyarankan agar kaum lelaki untuk menukar teknik mereka ketika melancap untuk mengembalikan sensitiviti tersebut ketika melakukan hubungan intim.
Manfaat melancap yang mungkin anda tidak sedar
Sebenarnya, aktiviti melancap memberikan beberapa kebaikan kepada diri seorang lelaki sama ada daripada aspek fizikal mahupun mental.
Tidak terdapat banyak kajian yang meneroka mengenai manfaat aktiviti melancap secara langsung, namun terdapat beberapa kajian yang dilakukan berkenaan hubungan intim dan juga rangsangan.
Kajian mendedahkan, rangsangan s*ks termasuklah rangsangan yang dilakukan melalui aktiviti melancap boleh memberikan beberapa manfaat seperti berikut:
- Melegakan stres yang sedang dialami
- Membuatkan tidur menjadi lebih lena
- Meningkatkan mood anda
- Memberikan ketenangan atau relaksasi
- Berasa puas
- Melegakan kekejangan
Kesan ejakulasi kepada risiko kanser prostat
Ada beberapa kajian mendapati, jika seseorang lelaki itu kerap melakukan ejakulasi sama ada menerusi melancap atau hubungan s*ks, ia mungkin membantu mengurangkan risiko untuk mendapat kanser prostat.
Kajian yang dilakukan pada tahun 2016 menunjukkan bahawa, bagi lelaki yang berejakulasi sekurang-kurangnya 21 kali dalam sebulan, mereka mempunyai risiko yang lebih sedikit untuk mendapat kanser prostat iaitu pengurangan sebanyak 20%.
Tetapi, lebih banyak kajian masih diperlukan bagi mengesahkan kemungkinan ini dengan lebih tepat.
Jadi, adakah kerap melancap boleh beri kesan buruk kepada kesihatan saya?
Jawapannya tidak. Anda mungkin akan mengalami beberapa kesan sampingan yang kecil seperti z4kar yang kurang sensitif jika kerap melancap.
Namun, melancap dengan kerap tidak menyebabkan sebarang kesan serius atau penyakit yang berbahaya kepada kesihatan anda.
Anda dinasihatkan untuk berhati-hati dengan sebarang teknik melancap yang anda gunakan. Jika salah teknik, mungkin anda akan mengalami masalah lain di kemudian hari.
Penafian: Artikel ini berasal dari website Hello Doktor. Pihak kami telah mendapat kebenaran untuk menerbitkan artikel ini blog iMaskulin. Untuk info kesihatan yang lain, sila layari website Hello Doktor