Urutan Jelqing Untuk Zakar Lebih Power

zakar power
Photo by Victor Freitas on Unsplash


Untuk kebanyakan lelaki, zakar mereka (khususnya saiz zakar tersebut) adalah satu aset yang paling bernilai. Namun, tahukah anda cara urut zakar yang berkesan?


Ini kerana untuk kebanyakan mereka, selain keupayaan zakar mereka untuk mengekalkan ereksi dengan lama, saiz zakar mereka juga memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi keyakinan diri mereka.


Dalam kalangan lelaki, ianya melambangkan nilai maskulin dan juga kegagahan.


Disebabkan itu, kebanyakan mereka akan mencuba hampir semua alternatif termasuklah cincin zakar dan juga kaedah urut zakar yang lain daripada yang lain demi mencapai kehendak mereka – saiz zakar yang memuaskan.


Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.


Apa itu urut zakar teknik Jelqing?


Urut zakar teknik Jelqing ini adalah sejenis teknik urut zakar yang melibatkan urutan dan regangan zakar (mirip perbuatan melancap) bermula di bahagian tengah zakar (ketika tegang).


Melalui penggunaan daya yang sederhana atau sedikit kuat, urut zakar teknik Jelqing ini akan mengakibatkan kekoyakkan tisu pada skala mikro pada tisu dalaman zakar (micro-tear).


Matlamat teknik urutan ini adalah untuk menggalakan penghantaran darah yang kaya dengan nutrien kepada bahagian zakar, membantu proses pemulihan otot zakar (yang secara teorinya akan menjadikan saiz zakar lebih besar) selain menggalakkan darah mudah berkumpul untuk ereksi yang lebih besar dan panjang.


[Baca] Mahu Hubungan Intim Lebih Lama, Cuba Teknik Urutan Jelqing Untuk Zakar Lebih POWER!


Teknik pegangan atau genggaman zakar adalah kunci kepada kejayaan atau kualiti kepada teknik urut zakar Jelqing ini.


Sedikit berbeza dengan genggaman satu tangan yang digunakan ketika lelaki melancap, teknik urut zakar Jelqing ini menggunakan kedua-dua belah tangan.


Cara anda menggengam zakar anda adalah dengan membuat bentuk ‘OK’ dan genggam zakar anda dalam lubang tersebut.


Berikut adalah rutin urut zakar Jelqing:


Rutin persediaan urut zakar (warm-up routine):

  • Mandi air panas atau sedikit suam.
  • Dapatkan zakar anda dalam keadaan separa tegang (belum mencapai ereksi penuh)
  • Balutkan zakar anda menggunakan tuala suam dalam tempoh sekitar 15 minit.


Selepas rutin persediaan selesai dilakukan, anda telah bersedia untuk memasuki fasa seterusnya – rutin urut zakar Jelqing.


Oleh itu, berikut merupakan rutin cara urut zakar Jelqing:


  1. Sapukan cecair pelincir berasaskan air pada zakar anda.
  2. Buat simbol “OK” menggunakan jari telunjuk dan ibu jari (bahagian tangan kanan)
  3. Genggam zakar anda di bahagian yang paling dekat dengan perut/tulang pelvis anda (bahagian tunjang zakar)
  4. Sambil mengekalkan kekuatan genggaman, gerakan genggaman ini perlahan-lahan ke bahagian depan/hujung zakar anda atau bahagian pembahagi (jika anda berkhatan). Pergerakan ini perlu berlaku dalam tempo yang perlahan, mengambil masa sekitar 3 saat dari dasar zakar ke bahagian hujung. Sekiranya anda rasa tidak selesa apabila sampai ke bahagian kepala zakar, elakkan atau jangan menggenggam terlalu kuat di bahagian tersebut.
  5. Tangan kiri anda seterunya akan melakukan kitaran yang sama (bermula daripada langkah 2 hingga langkah 4)
  6. Teruskan bertukar tangan sehingga anda telah mencapai sekitar 50 kitaran. Anda mungkin memerlukan bantuan pasangan anda dan bergilir-gilir melakukan teknik urut zakar ini jika anda tidak ingin terlalu penat.
  7. Jika anda ingin mencuba untuk kali pertama, mulakan dahulu dengan kitaran yang lebih rendah (20 kitaran) agar zakar anda mampu untuk bersedia dan menyuaikan tekanan daripada genggaman. Anda boleh perlahan-lahan tingkatkan bilangan kitaran Jelqing pada sesi-sesi berikutnya apabila dan sudah selesa dan mampu menahan teknik urut zakar ini.
  8. Setelah anda selesai melakukan teknik urut zakar Jelqing tadi, anda boleh bergerak ke rutin atau fasa seterusnya – Rutin Penyudah.


Rutin penyudah (Cool-down routine):

  1. Dapatkan tuala atau secebis pakaian yang boleh menyerap haba air, rendamnya dalam air sedikit panas atau suam.
  2. Balutkan tuala atau kain tersebut tadi pada zakar anda.
  3. Berehat dan biarkan balutan pada zakar anda itu untuk tempoh sekitar 5 hingga 10 minit.


Terdapat juga satu lagi variasi dalam teknik urut zakar ini. Jika yang diatas menggunakan genggaman “O”, variasi yang disebut sebagai ‘pincher’ ini membabitkan genggaman seperti cubitan.


Ibu jari di letak di bahagian bawah zakar manakala jari telunjuk diletakkan di bahagian atas.


Seperti dalam teknik “O”, posisi genggaman ini digerakan daripada dasar zakar hinggalah ke bahagian hujung.


Adakah Jelqing berkesan?


Di sini di mana berlakunya perselisihan, terdapat pakar seks dan juga segelintir daripada mereka yang pernah mencuba mengatakan ianya berkesan bukan sahaja untuk meningkatkan saiz dan ukuran zakar, bahkan prestasi tahan lama zakar mereka ketika melakukan seks.


Secara teorinya, teknik urut zakar Jelqing ini adalah sejenis senaman dan senaman yang kerap kepada zakar membantu untuk melatih zakar untuk menampung darah dan juga mengekalkan ereksi.


Di sebalik beberapa testimoni dan pembuktian melalui anekdot, tiada bukti saintifik melalui kajian rapi yang menyokong dapatan ini.


Bahkan, pembesaran zakar dan peningkatan prestasi seks melalui kaedah ini dikatakan tidak masuk akal secara biologinya dan disifatkan sebagai mitos kesihatan.


Tambahan lagi, terdapat juga doktor yang menasihati agar anda elak melakukannya kerana risiko kerosakan struktur dalaman dan tisu-tisu zakar.


Cara urut zakar lain untuk meningkatkan saiz zakar selain Jelqing


Kaedah-kaedah fizikal lain yang turut digunakan untuk memanjangkan zakar adalah dengan penggunaan alat pam (pumping method/penis pump).


Teknik ini menggunakan sejenis alat yang dipanggil VED iaitu Vacuum Erection Device.


VED berfungsi dengan menghasilkan tekanan negatif yang menyebabkan darah bergerak masuk, memenuhi dalaman zakar.


Untuk mengelakan kebocoran tekanan, balutan kedap udara di buat pada dasar zakar namun pemakaian balutan yang melebihi 30 mini berisiko untuk merosakkan tisu-tisu dan saraf dalaman zakar anda secara kekal, menyebabkan seseorang itu boleh menghidap Disfungsi Ereksi.


Hakikat prestasi dan kesihatan zakar sebenarnya bergantung kepada gaya hidup yang sihat, yakni gaya hidup yang berteraskan pemakanan yang seimbang dan juga senaman yang kerap.


Tambahan kepada langkah yang disebut tadi, tidur yang mencukupi serta pengurusan stres yang baik juga membantu untuk meningkatkan prestasi seksual zakar anda.


Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan


Penafian: Artikel ini diterbitkan dengan keizinan pihak Hello Doktor. Untuk maklumat lanjut sila layari Hello Doktor

Previous Post Next Post